***************************************************************************************
RAYUAN SUMBANGAN INFAQ BAGI PEMBINAAN PUSAT PENGAJIAN MIFTAHUL HIDAYAH
***************************************************************************************
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..Kami dari pihak Pondok Miftahul Hidayah ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama menginfakkan harta ke jalan Allah dengan membantu kami menyempurnakan pembinaan Pusat Pengajian Miftahul Hidayah yang akan menelan belanja sebanyak RM 2.2 juta. Pusat ini akan merangkumi masjid, kantin, asrama pelajar, penginapan tenaga pengajar dan pejabat pengurusan.
Fadhilat dan Kelebihan Amalan Sedekah
Antara fadhilatnya ialah, firman Allah SWT:
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)
Gambaran Keistimewaan Bagi Mereka yang Berinfaq dan Bersedekah
Kami kemukakan di sini tafsiran ayat 261-262 daripada Surah al-Baqarah bagi menjelaskan lagi gambaran tentang kelebihan serta keistimewaan bagi mereka yang bersedekah dan berinfaq pada jalan Allah.
Firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah: 261-262)
Projek pembinaan telah bermula seawal tahun 2020 beralamat di LOT 311 JALAN SEBERANG ALOR KAMPUNG CHANGGAI, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.
NOTA PENTING : AKAD SUMBANGAN/ DERMA/ INFAQ
Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:
"Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Pusat Pengajian Miftahul Hidayah”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi.